Wednesday, March 15, 2017

AIA Public Takaful Berhad : Exclusions

Setiap pelan takaful, dari setiap company takaful, mesti akan ada exclusions dia.

Apa exclusion nie? Exclusion adalah apa yang tak dicover oleh pelan takaful tersebut.

Untuk pemegang sijil takaful AIA, secara ringkasnya, boleh refer ke gambar bawah nie.




Siti Hajar Fazalul Rahiman
Perunding AIA Public Takaful Berhad
019 - 3763646



Monday, January 16, 2017

AIA Public Takaful Berhad

Hari ini kita bercerita pasal takaful.

Start dengan What, Where, How semualah yer.

Baiklah.

Takaful adalah umpama tabung yang mana kita contribute untuk simpan duit dan bersama sama dengan orang lain jugak. Tujuannya adalah untuk kita gunakan ketika kecemasan / kesakitan etc.

Soalan : Sama tak dengan tabung yang kita menabung dalam tabung ayam kat rumah tu?

Jawapan : Konsep sama cuma amaun harusla berbeza. Rasanya kalau kita menabung RM 100 sebulan, selepas 2 tahun tetiba kita nak pakai tabung tu jumlah amaun mungkin hanya RM 2400. Sedangkan emergency kita memerlukan lebih dari itu. Kalau kita ada contribute dalam pelan takaful, duit kita pakai untuk emergency tu contohnya RM 20k sedangkan kita mencarum baru RM 2400, lebihan tu orang lain punya sumbangan lah tu.

Takaful nie dia kumpul duit kita and duit orang lain jugak untuk sesiapa yang mencarum sama sama boleh pakai dari tabungan ini.

Camtulah ringkasan konsep takaful.

Pelbagai plan yang takaful company design yang boleh kita survey untuk sesuaikan keperluan kita.

Soalan : Cemana nak tau takaful tu Islamic ke tak?

Jawapan : Yang mana nama dia ada tulis takaful tu Islamic la tu. Takaful - Islamic. Conventional - Insurance / Assurance.

Soalan : Apa beza takaful dan conventional?

Jawapan : Beza dekat dana yang kita sumbangkan tu. Duit dalam tabung kita tu, syarikat takaful akan invest ke beberapa dana untuk growkan duit kita. Jadi, dalam dana tu ada certain list of syarikat yang ada share didalam fund itu. Untuk memastikan sumber dividen tu halal, maka syarikat dalan dana nie haruslah comply dengan shariah law or shariah-compliant. Contohnya, nature of business etc. Tapi jangan risau. Ada badan yang akan menjaga and memantau adakah dorang nie comply ngan shariah law ke tak. Yang penting, ambik yang mana ada nama takaful saja.

Bila yang kita kena ambik takaful?

Ada sesetengah orang akan tunggu bila dah stable, bila dah ada duit lebih, bila dah ada tanggungan etc. Yang ni yang agak susah sikit untuk orang 'kita' buat prioritization. Kita seeloknya memiliki pelan takaful nie waktu :
1. Sihat walafiat ( sebab bila dah ada penyakit, pelan takaful dah tak cover).
2. Bila kita dah ada liaibiliti. - dah mula kena cari pendapatan sendiri, dah kahwin, dah ada anak, rumah, kereta etc.
Sebab apa? Sebab sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, macam mana kita nak survive? Macam mana kita nak dapat duit untuk teruskan kehidupan dan tampung kos perubatan kita?
Takaful membantu kita untuk bagi perlindungan kematian dan hilang upaya kekal, jadi bukanlah kata jangan risau langsung tapi at least bolehla kurangkan beban keluarga sedikit sebanyak kan.

Banyak mana kena ambil perlindungan takaful?
Ada formula untuk kita kira (Formula saya la)

Contoh :
Ali, bujang, umur 24 tahun.
Gaji : RM 3000 sebulan
Gaji setahun : RM 36 000
Gaji 5 tahun : RM 180 000

Jadi, ambil la perlindungan sebanyak RM180 000.

Soalan : Kenapa 5 tahun?

Jawapan : Terpulangla kalau kita rasa 5 tahun tu cukup atau tak. Kalau tak cukup, tambah lagi, takde masalah. Janji ada lebih 100k.

Seterusnya, kita nak pilih takaful company yang mana. Yang nie kita kena survey sikit and pilih konsultan yang berkualiti. Ada yang akan offer murah tapi pelan tak cantik. Ada yang sedang sedang. Cuma, kita boleh emphasize kepada konsultan or agent, pelan yang kita nak then dia akan advise accordingly. Ada banyak takaful company kat Malaysia nie Setakat tahun 2017, ada 15 company.

Untuk tahu ranking syarikat takaful di Malaysia, boleh refer ke link :

https://adibyazid.com/2016/05/16/takaful-terbaik-seluruh-malaysia-ranking/

=P

Agen pun merata kita boleh jumpa. Saya sendiri agen kepada AIA Public Takaful Berhad. (ada sebab kenapa saya pilih AIA - nanti kita cerita)

Untuk sebarang pertanyaan atau quotation harga boleh whatsapp saya 019 - 3763646 (Hajar).

Apa yang penting, perlindungan apa yang kita nak tu ada dalam pelan, habis cerita. Kita sendiri boleh tau keadaan diri kita, family history ke apa. Jadi kalau kita ada family history sakit kronik, ambil la rider rider tertentu.

Jadi, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita, takla kita terkapai kapai cari bantuan dan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kita dan keluarga, ye tak?

Siti Hajar Fazalul Rahiman
Perunding AIA Public Takaful Berhad
019 - 3763646










Wednesday, July 27, 2016

What to do when your husband is away for a business trip?

Oh yes dah 2 tahun Danial ada business trip to US maka kami berdua terpaksa ditinggalkan sobs sobs. Mengada sangat, yelah mana pernah berjauhan, kitaorang bukan pjj jadi mestilah tak biasa kena tinggal macam nie. Last year masa ditinggalkan tu agak tragis lah, dengan Marissa demam homesick, pastu I pulak kena severe food poisoning, lepas tu jangkit ke Marissa pulak. End up Marissa was admitted to emergency sebab dehydration sobs.

Serious weh kalau mommy yang sakit and you are alone with your baby memanglah sangat challenging. Sampai nangis jugaklah. Mana tak, dengan nak handle sakit perut memulas mulas lepas tu muntah muntah pastu berlari lari anak ke toilet pulak nak cerry berry. Pastu tengah dalam toilet dengar pulak baby kt luar bilik tengah muntah padahal business kita tu tak settle lagi, keluar bilik nah amek kau selambak bekas muntah atas katil. Cuci lah pulak, leceh sangat, mandikan terus. Pastu cadar yang kena muntah tu? Baju baju yang kena muntah tu? Sesambil tu nak melayan perut yang out of control? Dengan tengok Marissa lembik at the same time? Dengan tak ada sesapa be it maid ke parents ke parents in law ke. Fuhh..

Baiklah.

Lepas Danial bagitau trip US dia confirm, lepas tu dia dah fly lepas tu dia dah balik, based on my 2 weeks being alone in the house with Marissa, ini summary yang I boleh buat :

1. Food
Stock up dry food, bahan mentah yang dah siap prep, and easy-to-cook food. Contoh : Spaghetti bolognaise ke carbonara ke, oxtail soup ke. Since Marissa dah makan adult food so I buat menu yang Marissa boleh makan sekali, no pedas, no MSG.

2. Spare keys
Ensure spare keys bagi 1 sets ke jiran terdekat / yang dipercayai, or your nearest next of kin.

3. Whatsapp status
Haa..this part agak ramai yang tak perasan. Al kisah begini. During the 2 weeks tu, ada colleagues 1 yang sememangnya berPJJ dengan hubby dia, pengsan dalam toilet leaving 2 kids age 3 yo and 1 yo outside the room. Dia pengsan berapa lama? Dia pun tak ingat. Sedar sedar je anak tengah nangis nangis. Husband tak balik lagi. Huhu bahaya gila kan? So lepas tu tetiba teroverthink yang, what if I mati dalam rumah dengan Marissa ada dengan I? Macam mana orang nak tau I ada dalam rumah tapi dah mati? Macam mana dengan Marissa? Macam mana orang nak masuk rumah?

There you go.

Maka lepas tu I mintak semua yang rapat e.g in laws, siblings untuk monitor my whatsapp status always, jangan biar I punya last seen tu more than 5-6 hours. Kalau jadi camtuh, sila prompt I tengok I response ke tak. Spare keys 1 bagi 1 set dekat my nearest next of kin in case they have to break into my house. Gitu.

4. Topup / Replenish
All items kat rumah, barang groceries ke sabun ke apa apa jelah sila lah topup siap siap just in case tetiba baby kita nak melekattt je cemana lah nak topup sabun sambil baru nak cari gunting nak cari funnel nak tuang masuk dalam botol. Taktaulah orang lain mungkin bole manage tapi I memang persiapkan diri dan rumah sampai camni sekali. (tak biasa ditinggalkan khenn).

5. Update contact numbers
Security guards ke jiran tetangga ke mintaklah no talipon. Kalau dah ada, sila lah validate balik. (Benda benda nie nampak kecik tapi sangat berguna dan membantu okayy)

6. Flight tracker apps
Memang dah install siap siap sebelum Danial berlepas lagi sebab journey dia gila jauh and banyak transit dengan zaman yang banyak konspirasi nie memanglah nervous bila dia tengah fly. Kalau dia dah touch down tu rasa lega yang amat sangat. Biasanya waktu dia tengah commute memang I tido tak lena, asik track je manjang.

7. Activities
Haha okay this part mungkin orang akan gelak. Amende la minah nie nak main dengan anak sendiri pun kena ada list of activities etc. I memang macam nie lahhhhh. Sebab Danial je yang selalu main dengan Marissa sementara I prepare food ke masak ke buat itu ini ke semua dia lah yang main dengan Marissa. Bila I main dengan Marissa ya rabb sendu sangat. Jadi tiger pun Marissa boleh sebut "ayah" sebab tak menjadi kot. Sedari itu baru I perasan yang I hanya tau menjaga Marissa, bukan melayan Marissa. Yes, it is 2 different thing.

Jadi, I pun startlah cari toys baru untuk Marissa sebab nak update toybox dia. Banyak yang dia dah boring sebab toys baby. Dia pun dah besar. Maka, I belilah Kinetic Sand dengan colourful dominos biar dia sorting sorting belajar colour colour gitu. Surprisingly, Marissa boleh senyapp dengan dua benda alah tu maka I bolehla solat tanpa terkejar kejar. Waktu masuk je, terus bagi toys tu then solat. Kalau dia tengah main dekat dapur, maka I solat pun kat dapur sebab dia kena tengok ibu dia kalau tak dia jadi kurang keyakinan diri. Hadoiii

8. Lock pintu
Yes, sebelum Danial berlepas tetiba ada kes orang gila merayau rayau dekat kawasan perumahan lepas tu sambil pegang kayu. Kau tak takut?? Terus I amek half day pegi lock smith suruh pasang dead-bolt lock. Antara jenis lock pintu yang reliable lah. Google sendiri. Pintu depan dengan belakang pasang lock jenis tu. Balik kerja, main main pasir tanam pokok kejap dengan Marissa dekat porch, lepas tu masuk rumah terus lock sebab takut terlupa. Kunci tu terus bawak masuk bilik bila nak tido.

9. Alarm
Malam malam I letak kunci kereta dekat sebelah bantal just in case any emergency, tekan je alarm kereta sebab rumah I takde alarm system. (Ohh I pakai kereta myvi so tekan je butang merah tu). 

10. Emergency exit
Huhu nauzubillah la kan. Tapi most of the time I ada dalam bilik and memang pintu always berkunci. Tapi grill di tingkap bilik memang Danial standby letak dekat dalam bilik just in case I need to get out from the room using emergency grill. Sebab slab bersambung dengan rumah jiran jiran so boleh ketuk bilik orang lain untuk mintak tolong.

Panjangnyer ohmyy. Dahla. Tu jer.

Danial dah balik. Happy me!

Friday, March 11, 2016

Pumping at workplace : What can you do to minimize your pumping time?

Hola uols! 

Okay its been a while since my last entry. Because I don't find any interesting topic to talk about. But but but..check this out. I did breastpumping at work and i am sharing a room with other colleagues too.  You know, with the door always open and people passing by, its not that comfy to pump in front of others although wearing a nursing cover pun. Plus, dengan lambakan pekerja lelaki melebihi pekerja perempuan like 1 female : 5 males, you see kan betapa minority nya kami pekerja pekerja perempuan nih tsk tsk. 

Jadi nyer terpaksa lah mengusung beg segala macam beg masuk ke dalam surau every pumping session. Kalau surau jauh, nasibla. 

Yes, when you do pump at work, you will keep counting berapa minit dah tinggalkan workstation tambah tambah for those yang workstation dia sejengkal je dengan bos. So find the tips on minimizing your pumping time as practically and reasonably accepted lah ok. 

1. Of course cari lah pump yang tak complicated nak pasang dengan parts semua tuh sebab set up saja dah makan 2 minit. 

2. Connect siap siap adaptor or power bank (silakan check battery level dia always) terus ke pump. Jangan dah sampai masa nak pump baru lah terkial kial nak de-tangled cabel segala.

3. Semasa pam, boleh label terus plastik storage or storage bottle. Jangan dah habis baru nak cari marker, nak label eh lupa pulak hari nie berapa hari bulan ya? Etc

4. Cuci parts. Lalu dengan air je takyah sabun pun. Lepas tu nak lap? Jangan bazir masa, letak je dalam drying net and gantung dekat workstation ke surau ke insyaallah kering sehingga ke sesi seterusnya. 

5. Kalau session yang paling last nak pam say pukul 4pm, time nak balik rumah is 5.30pm. Lepas pam, takyahla cuci, terus bungkus masuk beg je. Balik rumah, cuci-sabun-sterilize-siap. 

These are the ways that me and my pumping-mate kt ofis biasa buat. So you can cut down your pumping time to 35 mins kalau complete kan masa pam 30mins (alah geng lelaki duduk kat smoking shed lagi berejam okeh). Unless you are doing power pumping tu lain cerita la kan. Oh power pumping? Next entry lah! 



Wednesday, December 23, 2015

The reason why our tv is not being switched on for weeks

Yes. Aku rasa nak buang je tv kat rumah tu. Why? 


Aku taknak mention the title of this drama but semua drama melayu sekarang sama jer. Seolah olah penerbit dah ketandusan idea in making a new drama, a new plot with a new actors. Wanita dari kampung datang KL untuk cari kerja bagi menyara keluarga yang hidup susah. End up jumpa anak orang kaya yang kacak lagi pemurah dan baik hati. Or, kena paksa kawin, mula mula benci lepas tu sayang. Or, perebutan dua wanita bagi memenangi hati seorang lelaki yang cukup pakej. See. Aku tak tengok tv pun hafal jalan cerita. Selain itu, dalam real life, kau pernah cakap "mereka yang melarang aku buat macam tu - mereka, kenapa dia berbuat demikian? - berbuat. Hohoho kelakar bukan? 

Selain itu, dalam emergency room, patient sakit tenat je terus dipakaikan face mask and mati dalam keadaan face mask di muka. (Kalau betul betul tenat terus activate code blue then buat CPR lahh). Oh, pasal CPR pulak, katil patient pun lebih tinggi dari pinggang doctor, so doctor buat chest compression dalam keadaan berdiri and tangan like 45 degrees? Seriously? Patutlah patient tak survive. 

End up kami kat rumah asyik bukak channel AFC, Cake Boss, Discovery and NatGeo Wild. 

Huh. 

Why not ya, why not. 

Buatlah cerita berunsurkan bibliography ke. Contoh : Kisah kehidupan Tun M. 

Or. 

Bagaimana kilang proton saga buat kereta tersebut. 

Or. 

Bagaimana proses pembuatan roti Gardenia. 

Or. 

Kalau takde idea sangat, post je kat official fb open for topic suggestion. Free je tanpa saguhati or reward pun confirm within 5 minutes dah dapat response. Netizen kan ramai sekarang? 




Tuesday, September 15, 2015

Breastfeeding, breastfeed, breastpumping, power pumping

No. Not that easy. Well, yes it is easier when you have to do it only once or twice. But, when imagining that you have to abide all your routines and daily work with all those, you've got to think again. There are numerous things and activities that needs to be sacrificed just for breastfeeding. And of course, you will do it wholeheartedly for your little ones.

Alhamdulillah, Marissa had being breastfed for 13 months now. And insyaallah for many months to come. Every working.breastpumping mom has got their own way of making their journey a successful one. So does mine. Some of the tips that I used to do to ensure my cikibumbum is organically growing by the breastmilk. Huhu ayat tak tahan betoi. 

Yup. Below. 

1. To initiate the let down reflex, stay on the stimulation mode after 20 minutes of expression. And stay a little bit longer. The let down will come just before the 30 minutes of expression ends. 

2. Do not panic when your EBM is in low supply. Stay calm and keep pumping. I have had a few episodes of running out of EBM stocks. So what i did was..

Bagi jer susu kambing Suffy. And keep pumping. And buat power pumping at night. 

It's important not to stressed yourself to ensure that your baby is being given 100% breastmilk. Sekali dua bagi susu kambing is okay. Tak berubah pun DNA cell cell semua. Okeh. 

3. Milk boosters. 
I've been trying numerous milk booster yang banyak in the market now but none seems working for me. So what i did is..back to sunnah. Black seed and dates  does their magical effect on me. Alhamdulillah. 

4. Keep on latching. 
Yup. That is basic. 

5. Manual pumping. 
Sometimes manual pumping is more effective than using the electric breastpump. Sometimes. 

You may find other tips on the net. Banyak and more or less the same. 

Thank you husby for helping me out with this journey. Till then. Xoxo. 

Friday, July 10, 2015

What to do when your baby accidentally swallowed a silica gel?

Yes, that's exactly what had happened to us few days back.

We have got a new play pen for Marissa since I need to stay alone with her after this for quite sometime because Danial is away for a business trip. Play pen is needed because she had started crawling actively sampai nak terjatuh katil (okay yes memang nak dismantle dah katil tu).

While we were busy fixing the new play pen, we saw her playing with the dolls (yang dapat free untuk gantung n pusing tuh). And the next thing we realized the wrapper of the silica gel is already torn and wet sebab dia makan!!!

I managed to take out 1 tiny gel inside her mouth. Tapi berapa banyak yang dah di telan, nobody knows. Terus angkat and bawak ke toilet untuk further korek mulut dia dengan harapan dia akan muntah tapi she started crying sebab tak selesa. I can feel myself shivering kerisauan yang melampau, jari tangan kaki semua dah sejuk ketakutan. Dalam hati doa tak berhenti.

Without further delay, terus ke emergency at the nearest hospital which was KMC (takde yang lain yang lebih dekat dah). Refer paediatrician, Alhamdulillah nothing to worry katanyer.

Silica gel itself is not harmful, but the chemical that doped in to detect moisture tu yang harmful and toxic. The wrapper of the silica gel usually will clearly state "DO NOT EAT. DO NOT SWALLOW." Because the thing doesn't meant to be swallowed. Siapa tak seram kan?

What you should do?
1. Keluarkan as many gel as you can from the mouth.
2. Rinse the mouth (if possible, if baby cooperative).
3. Drink lots of water or milk.
4. Observe for any sign and symptom of abnormalities (diarrhoea, poor appetite etc.)
5. Monitor stool for any gel that is passed out together with the stools.

Source : Silica Gel Safety Data Sheet


Disebabkan doctor kat emergency pun not convincing at all, at all ya I repeat at all. So Danial and myself buat read up sendiri while waiting for our turn for consultation. Oh yes, kes emergency pun kena tunggu turn. I can't imagine kalau ada kes choking or shortness of breath mungkin kene queue up juga.

But among all the above, lesson to be learnt by us is that pay attention to her with what she is paying her attention to. Marissa slept the minute we drove back to our home. Tidur peluk tak lepas risau menyesal sedih kesian semua ada. *tariknapashembuspelanpelan*