Sunday, October 23, 2011

Teh Tarik and its concern


Ohh!! Soo cannot sleep. Sebab..sebab..dah minum teh ais Syed Hameedia twice today. Kalau dose teh yang diminum adalah pada pukul 10 malam, it will take another 6-8 hours for me to feel sleepy and get asleep. Usually lah. Tujuan meminum minuman yang berkandungan caffein ini adalah seperti berikut:

 - untuk meng'aktif'kan diri sendiri seperti berkerja selepas the whole night tak dapat tidur macam mad woman.
 - untuk memberi pressure pada diri sendiri supaya menghabiskan pending tasks.
 - untuk stay awake, alert and concentrate ketika dalam kelas.

So tujuan pada malam nie adalah untuk menghabiskan kerja kerja yang dah tertunggak selama 2 minggu!! Lastly idea dah kering, maka disini pulaklah idea dicurahkan. Teringat zaman study, stay up untuk study tu mungkin pada musim test dan exam saja, Otherwise, tiap tiap malam akan stay up untuk menyiapkan assignment yang menimbun. Setiap malam okay..kecuali malam weekend sebab tak ade kelas! Sebelum stay up, lepas solat Maghrib, haruslah tidur sampai pukul 2am. Lepas bangun, solat Isyak, teh tarik, get set and go! Playlist di Media Player haruslah di'update' sentiasa. Lagu bercorak motivasi seperti You Raised Me Up by Josh Groban (bagi mengingati ibubapa), Putra Gemilang (konon2 tengah ambik scroll dari Tuanku sambil memakai selempang best student), One Moment in Time by Whitney Houston (dedicated from Prof Syed to our batch) dan jugak Insomnia by Craig David (no specific reason) mesti ada dalam playlist. Wajib pakai earphone supaya tak mengganggu Kak Maria yang tengah berdengkur. Solat Isyak mesti selepas bangun, sebab a very very strong reason untuk bangun sebab kalau tak bangun kang terlepas solat cane nanti?? So nak taknak memang kene bangun, solat dan pura pura lagging itu ini untuk bagi fresh dan mula berkerja. Hah..punyalah susah nak motivasi diri. Limit stay up hanyalah sampai pukul 7am. Lepas tu, having my short nap for 30mins (kalau boleh tidur) dan mula bersiap siap ke never-ending-class.
Presentation yang abis pukul 7pm


Contoh muka kurang tidur Kak Maria n Kak Ja (contoh concentration budak tudung hijau seperti diatas lah yang dimaksudkan)

Routine ketika zaman di UM pulak, setiap hari bangun dan bersiap, pukul 7 am mesti kene bergerak ke kelas, cop tempat duduk di tengah dewan kuliah supaya tak mendongak (konon dapat eye-level seat ala ala dalam cinema) dan laju laju ke food court untuk dapatkan minuman subsidi oleh pihak tertentu haha..teh tarik hanya ada 1 balang. So kalau balang 1st dah habis, maka hanya teh o panas yang akan ditambah untuk balang balang seterusnya. Macam mana nk stay awake dengan teh panas??? Sebab tu kena bangun awal dan laju laju ke food court untuk dapatkan beberapa gelas teh tarik dan simpan dalam botol air spare yang seringkali disediakan oleh Kaer. (tak sure mana dia dapat sebab setiap hari botol yang lain akibat kemek sebab teh tarik panas).
Supaya stay active seperti ini!!!

On the whole, i am made of teh tarik. =P

Thursday, October 20, 2011

DEPLOYMENT and why do i hate it soo much?? (sometimes)

Deloyment adalah term yang digunakan di hospital saya apabila mengalami masalah kekurangan staff yang berkerja di dalam ward. Contoh : ward A, cencus patient tinggi, staff kurang, ward B, cencus patient rendah, staff ramai. Maka, staff di ward yang ramai staff iaitu ward B and dihantar/di ‘deploy’kan ke ward A bagi membantu apa apa yang patut. Dan seringkali yang kena deploy mestilah junior muda seperti saya!! Bukan nak berkira, tapi deployment nie memerlukan persediaan fizikal dan mental yang amat tinggi sebab :
1.  Bukan ward sendiri, so tak boleh nk predict betapa hectic atau relaxnyer ward pada ketika itu.
2.  Patient yang berada di dalam ward selalunya akan tinggal 2-3 hari (selalunya), so dah boleh kenal patient dan juga penyakit yang dialami.
3.  Ward layout!! Of course satu hospital semua layout ward adalah sama tetapi susun atur barang seperti consumables. Bukankah makan masa kalau nak mencari cari barang sebab tak familiar dengan susunan ward orang??
4.  Ward routine! Pesakit adik comel aka pediatrics, temperature akan dimonitor setiap 4 jam bagi mengelakkan apa apa yang tak patut (of courselah demam). Dekat ward lain?? Mana ada monitor temperature every 4 hours.  *contoh*
5.   Bukan ward sendiri. Mestilah prefer ward sendiri, boleh buat hot drinks tanpa tercari cari mana milo, mana sudu, mana gula tatkala temperature ward yang semakin nak membunuh.
6.  Colleagues. Member baru dari ward lain, tak berapa kenal, so passion untuk berkerja dengan senang hati dan enjoy tu pun kurangla sikit.
7. Diagnosis yang berbeza. Ward biasanya dibahagikan kepada jenis penyakit yang berbeza. Jadi kalau dah familiar/master dengan penyakit adik adik comel, dah tau lepas bagi ubat nie apa jadi, boleh nampak mula mula nangis pastu adik comel dah boleh main main di play room, macam best je rasanyer sebab nampak improvement dengan treatment yang diberi. Tetiba dapat kes renal failure, stroke, hypertension, chest pain, migraine, mestilah bengang sebab kena study balik, ubat nie untuk apa ya, ubat tu untuk apa ya. Bukan tak suka study, tapi tengoklah kalau ward lepak tak kisah pun. Tapi kalau ward superbusy?? Ada ke masa nk bukak MIMS?? Mestilah lagi bengang, dahla blur dengan ubat pastu tak sempat nk study sikit side effects ka itu ka ini ka. Mulalah asik nak bertanya kepada yang berkenaan itu dan ini. Dan time time busy kalau tanya banyak banyak, surelah best ditempelak!

Tapi kadang kadang ada bagusnya deployment nie. Boleh belajar environment ward orang, the good things kita boleh adapt, the bad one kita boleh improvise and all sorts of it. Maka tak perlulah rasa tidak puas hati apabila terpaksa deployed di ward orang lain sebab kisahnya anda berkerja dengan ward ke dengan hospital? (persoalan yang seringkali dilemparkan kepada mereka yang tidak ingin kena deploy). And why am I writing this topic?? Because I am working in somebody else’s ward tonight.