Deloyment adalah term yang digunakan di hospital saya apabila mengalami masalah kekurangan staff yang berkerja di dalam ward. Contoh : ward A, cencus patient tinggi, staff kurang, ward B, cencus patient rendah, staff ramai. Maka, staff di ward yang ramai staff iaitu ward B and dihantar/di ‘deploy’kan ke ward A bagi membantu apa apa yang patut. Dan seringkali yang kena deploy mestilah junior muda seperti saya!! Bukan nak berkira, tapi deployment nie memerlukan persediaan fizikal dan mental yang amat tinggi sebab :
1. Bukan ward sendiri, so tak boleh nk predict betapa hectic atau relaxnyer ward pada ketika itu.
2. Patient yang berada di dalam ward selalunya akan tinggal 2-3 hari (selalunya), so dah boleh kenal patient dan juga penyakit yang dialami.
3. Ward layout!! Of course satu hospital semua layout ward adalah sama tetapi susun atur barang seperti consumables. Bukankah makan masa kalau nak mencari cari barang sebab tak familiar dengan susunan ward orang??
4. Ward routine! Pesakit adik comel aka pediatrics, temperature akan dimonitor setiap 4 jam bagi mengelakkan apa apa yang tak patut (of courselah demam). Dekat ward lain?? Mana ada monitor temperature every 4 hours. *contoh*
5. Bukan ward sendiri. Mestilah prefer ward sendiri, boleh buat hot drinks tanpa tercari cari mana milo, mana sudu, mana gula tatkala temperature ward yang semakin nak membunuh.
6. Colleagues. Member baru dari ward lain, tak berapa kenal, so passion untuk berkerja dengan senang hati dan enjoy tu pun kurangla sikit.
7. Diagnosis yang berbeza. Ward biasanya dibahagikan kepada jenis penyakit yang berbeza. Jadi kalau dah familiar/master dengan penyakit adik adik comel, dah tau lepas bagi ubat nie apa jadi, boleh nampak mula mula nangis pastu adik comel dah boleh main main di play room, macam best je rasanyer sebab nampak improvement dengan treatment yang diberi. Tetiba dapat kes renal failure, stroke, hypertension, chest pain, migraine, mestilah bengang sebab kena study balik, ubat nie untuk apa ya, ubat tu untuk apa ya. Bukan tak suka study, tapi tengoklah kalau ward lepak tak kisah pun. Tapi kalau ward superbusy?? Ada ke masa nk bukak MIMS?? Mestilah lagi bengang, dahla blur dengan ubat pastu tak sempat nk study sikit side effects ka itu ka ini ka. Mulalah asik nak bertanya kepada yang berkenaan itu dan ini. Dan time time busy kalau tanya banyak banyak, surelah best ditempelak!
Tapi kadang kadang ada bagusnya deployment nie. Boleh belajar environment ward orang, the good things kita boleh adapt, the bad one kita boleh improvise and all sorts of it. Maka tak perlulah rasa tidak puas hati apabila terpaksa deployed di ward orang lain sebab kisahnya anda berkerja dengan ward ke dengan hospital? (persoalan yang seringkali dilemparkan kepada mereka yang tidak ingin kena deploy). And why am I writing this topic?? Because I am working in somebody else’s ward tonight.
No comments:
Post a Comment