Wednesday, May 13, 2015

Common Courtesy

Surau. Prayer room. Musolla. Masjid. Brings to all the same meaning.
Yes, since becoming a breastfeeding mommy ni I spend a longer time in surau for breastpumping session. And it usually during prayer times or more or less towards the prayer times. Bila orang mula masuk surau, bila kita duduk bersahaja, mula la nampak macam macam kerenah orang di dalam surau. Orang yang nak solat, nak touch up make up, nak berehat rehat or baring etc. Selama ni tak nampak because we are one of those.
 
1. Orang yang nak solat
Baiklah. Anda mahu solat. Oleh itu, bentang sejadah tu kalau boleh biarlah serapat yang boleh dengan makmum di sebelah supaya bila tiba tiba orang ramai masuk, there is still a space for them to slot in there. Kalau tak muat, dorang dah kena duduk/diri or tunggu kat tepi tepi surau and usually akan menggangu pulak orang yang nak masuk keluar surau or nak masuk keluar dari tempat berwudhu. Kan bersangkut paut masalah tu. Kalau kes surau kosong lengang takpe tak jadi masalah.
 
2. Orang yang nak touch up make up and betulkan tudung.
Selalunya tak jadi masalah sebab perempuan kan suka bersolek depan cermin so of course tak ganggu orang yang nak solat provided tempat cermin tu berpatutanlah. Takkan ajk surau letak cermin kat tempat sujud pulak. So tak jadi masalah di situ. Yang menjadi masalah apabila cermin tu dikongsi beramai ramai. Iye I tau u nak pakai tudung, I nak pakai tudung jugak so boleh tak kita share? Eh..tudung I besar and panjang lilitan dia kena ada space yang besar. Eh..I nak dekat dengan bookshelves tu sebab pin I dekat situ. Apa lah salahnya kalau masing masing ambik portion cermin tu sikit sikit so takdela sorang ni duduk tengah tengah langsung taknak gerak selagi tudung tak cun walaupun ada orang lain kiri kanan. Yang duduk kat tepi tu biasanya cara dia berselang seli dengan orang sebelah supaya ok kau depan sikit aku belakang sikit so fair and square.
 
3. Orang yang berehat or berbaring
Tak best la kalau perempuan tak cakap kan. Takkan sepanjang berehat tu tak cakap langsung. Ok well u can talk whatever u like but please can u slow down your volume a bit since orang lain tengah bersolat and they might heard you and ganggu kosentrasi and bacaan mereka? Or even worse, sampai ganggu kiraan rakaat -- aku la tuh. Please ya.
 
4. Orang yang berniaga or promo barang bisnes
Boleh tak jangan ambik space besar sangat sampai orang lain tak cukup tempat untuk solat?
Would it be nice to have the attitude of respecting each other and put other people first instead of be so self centered?
Okay now..breath in, breath out, oh milk milk please come out.

No comments:

Post a Comment