Oh yes dah 2 tahun Danial ada business trip to US maka kami berdua terpaksa ditinggalkan sobs sobs. Mengada sangat, yelah mana pernah berjauhan, kitaorang bukan pjj jadi mestilah tak biasa kena tinggal macam nie. Last year masa ditinggalkan tu agak tragis lah, dengan Marissa demam homesick, pastu I pulak kena severe food poisoning, lepas tu jangkit ke Marissa pulak. End up Marissa was admitted to emergency sebab dehydration sobs.
Serious weh kalau mommy yang sakit and you are alone with your baby memanglah sangat challenging. Sampai nangis jugaklah. Mana tak, dengan nak handle sakit perut memulas mulas lepas tu muntah muntah pastu berlari lari anak ke toilet pulak nak cerry berry. Pastu tengah dalam toilet dengar pulak baby kt luar bilik tengah muntah padahal business kita tu tak settle lagi, keluar bilik nah amek kau selambak bekas muntah atas katil. Cuci lah pulak, leceh sangat, mandikan terus. Pastu cadar yang kena muntah tu? Baju baju yang kena muntah tu? Sesambil tu nak melayan perut yang out of control? Dengan tengok Marissa lembik at the same time? Dengan tak ada sesapa be it maid ke parents ke parents in law ke. Fuhh..
Baiklah.
Lepas Danial bagitau trip US dia confirm, lepas tu dia dah fly lepas tu dia dah balik, based on my 2 weeks being alone in the house with Marissa, ini summary yang I boleh buat :
1. Food
Stock up dry food, bahan mentah yang dah siap prep, and easy-to-cook food. Contoh : Spaghetti bolognaise ke carbonara ke, oxtail soup ke. Since Marissa dah makan adult food so I buat menu yang Marissa boleh makan sekali, no pedas, no MSG.
2. Spare keys
Ensure spare keys bagi 1 sets ke jiran terdekat / yang dipercayai, or your nearest next of kin.
3. Whatsapp status
Haa..this part agak ramai yang tak perasan. Al kisah begini. During the 2 weeks tu, ada colleagues 1 yang sememangnya berPJJ dengan hubby dia, pengsan dalam toilet leaving 2 kids age 3 yo and 1 yo outside the room. Dia pengsan berapa lama? Dia pun tak ingat. Sedar sedar je anak tengah nangis nangis. Husband tak balik lagi. Huhu bahaya gila kan? So lepas tu tetiba teroverthink yang, what if I mati dalam rumah dengan Marissa ada dengan I? Macam mana orang nak tau I ada dalam rumah tapi dah mati? Macam mana dengan Marissa? Macam mana orang nak masuk rumah?
There you go.
Maka lepas tu I mintak semua yang rapat e.g in laws, siblings untuk monitor my whatsapp status always, jangan biar I punya last seen tu more than 5-6 hours. Kalau jadi camtuh, sila prompt I tengok I response ke tak. Spare keys 1 bagi 1 set dekat my nearest next of kin in case they have to break into my house. Gitu.
4. Topup / Replenish
All items kat rumah, barang groceries ke sabun ke apa apa jelah sila lah topup siap siap just in case tetiba baby kita nak melekattt je cemana lah nak topup sabun sambil baru nak cari gunting nak cari funnel nak tuang masuk dalam botol. Taktaulah orang lain mungkin bole manage tapi I memang persiapkan diri dan rumah sampai camni sekali. (tak biasa ditinggalkan khenn).
5. Update contact numbers
Security guards ke jiran tetangga ke mintaklah no talipon. Kalau dah ada, sila lah validate balik. (Benda benda nie nampak kecik tapi sangat berguna dan membantu okayy)
6. Flight tracker apps
Memang dah install siap siap sebelum Danial berlepas lagi sebab journey dia gila jauh and banyak transit dengan zaman yang banyak konspirasi nie memanglah nervous bila dia tengah fly. Kalau dia dah touch down tu rasa lega yang amat sangat. Biasanya waktu dia tengah commute memang I tido tak lena, asik track je manjang.
7. Activities
Haha okay this part mungkin orang akan gelak. Amende la minah nie nak main dengan anak sendiri pun kena ada list of activities etc. I memang macam nie lahhhhh. Sebab Danial je yang selalu main dengan Marissa sementara I prepare food ke masak ke buat itu ini ke semua dia lah yang main dengan Marissa. Bila I main dengan Marissa ya rabb sendu sangat. Jadi tiger pun Marissa boleh sebut "ayah" sebab tak menjadi kot. Sedari itu baru I perasan yang I hanya tau menjaga Marissa, bukan melayan Marissa. Yes, it is 2 different thing.
Jadi, I pun startlah cari toys baru untuk Marissa sebab nak update toybox dia. Banyak yang dia dah boring sebab toys baby. Dia pun dah besar. Maka, I belilah Kinetic Sand dengan colourful dominos biar dia sorting sorting belajar colour colour gitu. Surprisingly, Marissa boleh senyapp dengan dua benda alah tu maka I bolehla solat tanpa terkejar kejar. Waktu masuk je, terus bagi toys tu then solat. Kalau dia tengah main dekat dapur, maka I solat pun kat dapur sebab dia kena tengok ibu dia kalau tak dia jadi kurang keyakinan diri. Hadoiii
8. Lock pintu
Yes, sebelum Danial berlepas tetiba ada kes orang gila merayau rayau dekat kawasan perumahan lepas tu sambil pegang kayu. Kau tak takut?? Terus I amek half day pegi lock smith suruh pasang dead-bolt lock. Antara jenis lock pintu yang reliable lah. Google sendiri. Pintu depan dengan belakang pasang lock jenis tu. Balik kerja, main main pasir tanam pokok kejap dengan Marissa dekat porch, lepas tu masuk rumah terus lock sebab takut terlupa. Kunci tu terus bawak masuk bilik bila nak tido.
9. Alarm
Malam malam I letak kunci kereta dekat sebelah bantal just in case any emergency, tekan je alarm kereta sebab rumah I takde alarm system. (Ohh I pakai kereta myvi so tekan je butang merah tu).
10. Emergency exit
Huhu nauzubillah la kan. Tapi most of the time I ada dalam bilik and memang pintu always berkunci. Tapi grill di tingkap bilik memang Danial standby letak dekat dalam bilik just in case I need to get out from the room using emergency grill. Sebab slab bersambung dengan rumah jiran jiran so boleh ketuk bilik orang lain untuk mintak tolong.
Panjangnyer ohmyy. Dahla. Tu jer.
Danial dah balik. Happy me!
No comments:
Post a Comment